Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


AKTIVITI KOLAJ TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA MADANI

Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023

Untuk bulan istimewa ini, adik-adik membuat kolaj yang bertemakan “MALAYSIA MADANI”. ....baca selanjutnya

PROGRAM AFFILIATE (TIKTOK DAN SHOPEE) SHOP BERSAMA SAHABAT KLUSTER SEREMBAN DAN PORT DICKSON (PEDI DIGI)

Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023

Menjadi salah satu peranan PEDi untuk membantu usahawan mikro yang menggunakan platform teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan mereka untuk menjana pendapatan ....baca selanjutnya

TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK – PENIPUAN KEWANGAN

Aktiviti Terkini | 14 Jun 2023

Program Klik Dengan Bijak ini merupakan program anjuran CelcomDigi Bersempena dengan Program Pemberian Simkad Percuma kepada pelajar-pelajar Kolej Uniti....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA SAHABAT PEDi KLUSTER SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023

Untuk menutup keberkatan bulan Syawal 2023, staf PEDi Kluster Seremban yang terdiri daripada PEDi Kg LB Johnson, PEDi Kg Kering, PEDi Rumah Pangsa Templer, PEDi Sri Pajam dan PEDi PPR Senawang sepakat untuk mengadakan jamuan Hari Raya secara “Pot Luck”.....baca selanjutnya

KELAS ASAS USAHAWAN SHOPEE & TIKTOK BERSAMA RAKAN DIGITAL PEDI DAN PELATIH GIAT MARA SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 19 April 2023

Program inisiatif Rakan Digital PEDi Kampung Kering dan Rakan Digital PEDi Pekan Lukut.....baca selanjutnya

PROGRAM PENGEDARAN SIM KAD PAKEJ REMAJA KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 12 April 2023

Program anjuran Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan....baca selanjutnya

PROGRAM MENGACAU BUBUR LAMBUK

Aktiviti Terkini | 7 April 2023

Merupakan acara tahunan pada setiap bulan Ramadan bagi penduduk Kampung LB Johnson.....baca selanjutnya

JOM D.I.Y BERSAMA ACIKTEHA MASHCHOC & COOKIESCHOC

Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023

Program Jom D.I.Y bersama Cikgu Teha MAshchoc & Cookieschoc yang diadakan di Pedi Hulu Chucuh bersama Pedi Kg. LBJ disertai seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun sahaja.....baca selanjutnya

MAJLIS BERKHATAN ANAK-ANAK LBJ

Aktiviti Terkini | 20 Februari 2023

Bersempena dengan cuti sekolah, pihak pengurusan kampung telah menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai untuk adik-adik kecil Kampung LB Johnson...baca selanjutnya

PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT, SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 18 Januari 2023

Program Klik Dengan Bijak ini merupakan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sikamat dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Negeri Sembilan. Kemudian, pihak MCMC dan petugas-petugas PEDi Kluster Seremban bersama-sama menjayakan taklimat, pameran dan aktiviti KDB ini secara keseluruhannya. Antara PEDi kluster Seremban yang terlibat di dalam program ini adalah PEDi Kampung LB Johnson, PEDi Taman Bukit Inai, PEDi Pajam, PEDi Templer, PEDi Senawang1, PEDi PPR Senawang dan PEDi Rantau.....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti