Rasah Challenge 2015

14 November | 2015

Rasah Challenge 2015 merupakan anjuran hasil kerjasama antara Malaysian Association Youth Club dan Kelab Belia Kampung LBJ. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai "High Impact Event" dimana aktiviti ini dijalankan secara besar-besaran dan pada masa yang sama pihak PI1M KG LBJ telah memberikan kerjasama bagi menjayakan aktiviti ini. Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah pertandingan karaoke, explorace dan pertandingan mewarna. Pihak PI1M telah memainkan peranan dengan menguruskan dewan dan protokol seperti menyediakan buku program dan menjadi urusetia program. Aktiviti utama rasah challenge ialah explorace dimana hadiah lumayan ditawarkan bagi pemenang. Secara tidak langsung aktiviti ini telah merapatkan silaturahim di antara komuniti setempat. Selain daripada itu, aktiviti ini dapat melatih diri untuk mendengar dan menerima arahan dengan baik sekaligus dapat mempromosikan PI1M di Kampung LBJ.



kembali ke halaman utama