Pertandingan Mencipta Video Sempena KL Converge 2015 (Banteras Penyebaran Maklumat Palsu)

24 September 2015

Pertandingan ini merupakan anjuran dari MCMC sempena KL Converge 2015 yang di adakan di KLCC. Pihak PI1M telah meminta beberapa orang ahli yang berdaftar di PI1M yang terdiri dari pelajar sekolah rendah dan menengah untuk mencipta video. Mereka juga diajar atau di bantu oleh Pengurus dan Penolong pengurus untuk menghasil video yang baik. Video yang mempunyai kualiti serta ciri-ciri tertentu telah kami pilih untuk mewakili PI1M ke pertandingan tersebut. Nasib menyebelahi PI1M Kampung LBJ kerana telah meraih kemenangan tempat ke tiga dalam pertandingan tersebut. Selain daripada itu, aktiviti ini juga secara tidak langsung dapat menguji tahap kereativiti peserta. Mereka juga dapat melatih diri untuk membuat kerja secara berkumpulan dan kemahiran mendengar arahan.



kembali ke halaman utama