Mysterious Box

30 April | 2016

Aktiviti Mysterious Box merupakan permainan yang di anjurkan oleh pihak PI1M. Cara permainan ini dijalankan adalah dengan setiap peserta perlu mencari bola yang bertulis PI1M di dalam setiap kotak. Untuk memberi cabaran setiap peserta akan ditutup matanya. Selain daripada itu, sebelum permainan itu bermula setiap pserta akan di manipulasi tentang barang-barang misteri yang terdapat dalam setiap kotak. Oleh itu, setiap peserta akan percaya bahawa dalam setiap kotak mempunyai benda-benda yang menggelikan seperti ulat sagu dan tikus sedangkan realitinya tidak. Disamping itu, keberanian setiap peserta akan teruji untuk memastikan tugasan sempurna. Terdapat juga peserta yang takut atu was-was untuk menyeluk tangan ke dalam kotak kerana bimbang akan barang-barang misteri. Antara barang-barang misteri tersebut ialah span basah dan berus dawai. Permainan ini juga sekali gus menimbulkan suasana yang seronok dan gembira serta dapat merapatkan hubungan silaturahim.



kembali ke halaman utama