PI1M Treasure Hunt 1.0

27 March 2016

PI1M Treasure Hunt 1.0 merupakan aktiviti dimana 12 orang peserta telah dipilih untuk meneka dan mencari barang yang tersembunyi mengikut arahan yang telah di berikan. Kepada peserta yang berjaya markah akan di berikan. Kepada peserta individu yang berjaya mengumpul markah tertinggi akan di angkat menjadi juara. Aktiviti ini menarik kerana dapat memupuk perserta untuk berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan masalah tanpa bantuan ICT. Selain daripada itu, aktiviti ini jugak dapat memupuk semangat daya saing secara sihat antara satu sama lain dan peserta akan lebih peka dengan perubahan persekitaran. Walaupun latar belakang peserta berbeza dari segi umur, tetapi itu tidak menjadi masalah untuk mereka melengkap tugasan dengan cara yang berhemah dan bersisiplin tanpa mencetuskan sebarang pergaduhan dimana sekaligus dapat merapatkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain. Pihak PI1M juga bercadang untuk meneruskan dengan PI1M Treasure Hunt 2.0 di masa akan datang.



kembali ke halaman utama