Leadership Program With UITM Student

20 Ogos 2016 | Sabtu

Aktiviti ini telah disambut baik oleh kedua belah pihak iaitu dari pihak PI1M dan pihak UITM. Selain daripada itu, program ini telah mendapat sokongan dengan penglibatan dari ketua belia kampung LBJ itu sendiri. Seramai 20 orang pelajar UITM yang telah terlibat. Kami telah berkongsi pendapat bagaimana nak menjadi seorang "leader" yang baik. Pihak PI1M juga telah menyediakan aktiviti latihan dalam kumpulan. Mereka telah di beri tugasan untuk mengkaji masalah yang terdapat dalam komuniti. Mereka juga di minta untuk memberi buah fikiran bagaimana untuk menyelesaikan masala yang di hadapi oleh komuniti. Mereka di minta untuk membuat pembentangan sekaligus dapat meningkatkan keyakinan dan teknik pembentangan. Program ini telah berlangsung selama 3 jam. Kami pihak PI1M dan belia kampung LBJ telah berkongsi pengalaman untuk menjadi "speaker" yang baik. Kesimpulannya, pelbagai maklumat yang di beri kepada mereka sebagai persediaan untuk memasuki alam pekerjaan.



Kembali ke halaman utama