'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLENGE'

Aktiviti terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Tempat Aktiviti:
Digi Telecommunication Sdn. Bhd, Shah Alam Selangor

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor yang diadakan pada 06 - 07 Oktober 2017. Program ini dihadiri oleh YBhg. Dato’ Mohd Ali Hanafiah selaku Ketua Pegawai Komunikasi & Ekosistem Digital, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Eugene Teh yang merupakan Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporat, Digi Telecommunication Sdn. Bhd. dan Encik Kamaruddin Bin Kassim, Petrosains.

Senarai Para Pemenang :
Gold Award (Wang Tunai RM 1000, Trofi, Medal dan Sijil Penyertaan)
SMK Tengku Ampuan Intan, Terengganu (PI1M Kuala Berang, Terengganu) - Arduino Coconut Grater

Silver Award (Wang Tunai RM 700, Trofi, Medal dan Sijil Penyertaan)
SMK Gedangsa, Selangor (PI1M Felda Gedangsa, Selangor) - Robovac

Bronze Award (Wang Tunai RM 500, Trofi, Medal dan Sijil Penyertaan)
SMK Seri Pagi, Negeri Sembilan (PI1M Senawang 1, Negeri Sembilan) - Smart Dustbin

Best Booth Award (Wang Tunai RM 200, Plak Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
SMK Sungai Rawang, Selangor (PI1M Hulu Chuchoh, Selangor)

Best Teamwork Award (Wang Tunai RM 200, Plak Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
SMK Tengku Ampuan Intan, Terengganu (PI1M Kuala Berang, Terengganu)

Best Presentation Award (Wang Tunai RM 200, Plak Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
SMK Bedong, Kedah (PI1M Bedong, Kedah)

PI1M Challenge :
Gold Award (Wang Tunai RM 200, Plak Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
PI1M Selangor

Silver Award (Wang Tunai RM 150, Plak Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
PI1M Johor

Bronze Award (Wang Tunai RM 100, Plak Penghargaan dan Sijil Penyertaan)
PI1M Melaka

Objektif :
• Untuk menyokong inisiatif kerajaan dalam pendidikan STEM (60:40) sekaligus melahirkan professional dan tenaga mahir dalam bidang berkenaan seiring dengan keperluan Negara ke arah Transformasi Nasional (TN50).
• Untuk mewujudkan kesedaran tentang perkembangan teknologi dengan menggabungkan inovasi terdahulu dan trend terkini melalui program pembelajaran secara informal di luar bilik darjah.
• Untuk meningkatkan minat pelajar dalam Matematik, Sains, Teknologi, Reka Bentuk, dan Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) melalui pendekatan aktiviti robotik.
• Untuk mendukung aspirasi Negara dalam melahirkan para pelajar dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :