AKTIVITI GOTONG-ROYONG & MEMBERSIH KAWASAN PUSAT INTERNET

Aktiviti terkini | 20 Julai 2018

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet LB Johnson

Tujuan :
Tujuan aktiviti gotong-royong adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan kawasan tempat tinggal dalam komuniti masing-masing untuk mengelakkan penyakit yang berpunca dari persekitaran yang kotor selain merapatkan hubungan pelanggan setia Pusat Internet LB Johnson.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara staff dan penduduk
• Mempromosikan Pusat Internet pada penduduk kampung
• Memberi kesedaran kepentingan kebersihan kawasan sekeliling

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :