‘WELCOMING CEREMONY KOREAN ICT VOLUNTEER’

Aktiviti terkini | 25 Julai 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Hulu Chuchoh

Tujuan :
• Mengeratkan silaturahim antara semua yang terlibat memberi peluang sukarelawan Korea untuk menyampaikan ilmu pembangunan ICT bersama komuniti.
• Menggalakkan pertukaran kebudayaan antara Korea dan Malaysia.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk minat budaya ICT dan TVET kepada para pelajar selaras dengan hasrat Kerajaan dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
• Memberi peluang sukarelawan Korea untuk menyampaikan ilmu pembangunan ICT bersama komuniti setempat terutama kepada pelajar di samping menggalakkan pertukaran kebudayaan antara Korea dan Malaysia.

Ringkasan Aktiviti :
Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana programnya yang sangat menarik minat para tetamu serta membabitkan interaksi antara dua hala antara korea dan Malaysia.
Jumlah yang hadir semasa aktiviti dijalan seramai 30 orang. Selepas selesai taklimat dan makan tengahari adalah aktiviti suai kenal antara KIV dan MIV. Selepas itu puan hashimah memberi sedikit penerangan kepada pelajar korea mengenai maklumat tentang program yang akan dijalankan sepanjang keberadaan mereka di Pusat Internet Kg Hulu Chuchoh.
Selesai sahaja semua Wakil Penyelia Homestay Banghuris bawa semua meronda kampung dengan menaiki kenderaan bugy. Paling menarik melawat kawasan buluh jepun. Tidak lupa juga bawa para tetamu borong kerepek di tempat kegemaran tetamu. Selepas selesai, para tetamu dihidangkan minuman air kelapa dan buah buahan dari kebun penduduk.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :