FB LIVE BERSAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG GENTAM TOPIK SEMBANG SANTAI “PDPR”

Aktiviti terkini |19 Februari 2021

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Kg Lb Johnson

Tujuan :
• Perkongsian antara kedua-dua Pusat Internet tentang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di mana lokasi Pusat Internet juga adalah salah satu pilihan untuk pelajar yang tidak mempunyai peranti dan capaian internet
• Memberi maklumat tentang pendekatan kelas secara atas talian yang dilaksanakan Kementerian Pendidikan berikutan kes harian Pandemik Covid-19 yang tinggi supaya dapat membantu menghentikan penyebaran.

Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Menerangkan apakah ia PDPR, apakah objektif PDPR dan juga 3 pendekatan utama PDPR
• Tidak hanya melihat kepada kekangan yang dihadapi keluarga malah kami kongsikan juga kebaikan PDPR
• Mempromosikan Pusat Internet sebagai pilihan pelajar untuk datang dan mengoptimumkan penggunaan komputer dan internet untuk mengikuti kelas mereka

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :