JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA ( RERUAI AGENSI SKMM NEGERI SEMBILAN)

Aktiviti terkini |7,8 & 9 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Dataran Seri Jempol, Bandar Seri Jempol

Ringkasan Aktiviti :
• Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Bandar Seri Jempol telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Oktober 2022 dan berlangsung selama 3 hari bermula 7-9 Oktober 2022.
• Siri jelajah yang diterajui oleh Kementerian Kesihatan kali ini telah mencatat kehadiran lebih 120,000 pengunjung sepanjang 3 hari penganjuran.
• Dengan terdapat lebih 100 reruai usahawan industri kecil dan sederhana, ia dimeriahkan lagi dengan trak makanan dan reruai citarasa Keluarga Malaysia.
• Manakala, seramai 12 orang petugas PEDi merangkap Malaysian ICT Volunteers dari Kluster Jempol, Kuala Pilah, Seremban dan Tampin telah berkolaborasi untuk membantu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Sembilan memeriahkan reruai SKMM selama 3 hari penganjuran.

Tujuan :
• JAKM ini merupakan sebahagian usaha kerajaan menyumbang kepada rakyat yang berfokuskan kepada kemudahan perkhidmatan secara langsung
• Peluang kepada agensi-agensi mendekati keluarga Malaysia untuk lebih pendedahan tentang peranan agensi masing-masing dalam membantu rakyat
• Memudahkan rakyat mendapatkan maklumat terus mengenai bantuan dan perancangan yang ditawarkan kerajaan.
• Bagi petugas PEDi peluang JAKM seperti ini adalah untuk mendekati usahawan IKS agar sering menggunakan perkhidmatan di PEDi dalam membantu dan mengembangkan perniagaan mereka di dalam arus teknologi digital
• Memberi ringkasan tentang program advokasi Klik Dengan Bijak yang selalu petugas PEDi jalankan

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang pelbagai dari setiap kementerian, agensi, dan jualan usahawan IKS bermula seawal 9 pagi
• Terdapat juga reruai citarasa Keluarga Malaysia, cabutan bertuah, jualan Keluarga Malaysia, Pemadanan Perniagaan, kaunter saman PDRM, sukan rakyat, Slot Klik dengan Bijak dan juga Bicara Usahawan PEDi di pentas mini IKS.


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Pendedahan kepada petugas PEDi dalam mendekati usahawan dan menarik minat mereka untuk menggunakan platform digital dalam perniagaan mereka.

Nama VIP:
• Perdana Menteri Malaysia
• Menteri Kesihatan Malaysia
• Menteri Besar Negeri Sembilan
• Lain-lain VIP

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :