KARNIVAL KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA (PAMERAN BOOTH PEDI)

Aktiviti terkini |8 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Padang Nuri, Taman Paroi Jaya

Ringkasan Aktiviti :
• Karnival Komuniti Keluarga Malaysia Daerah Seremban merupakan Program yang dianjurkan oleh Badan Sukarelawan Seremban Prihatin dan Komuniti Keluarga Malaysia Taman Paroi Jaya.
• Ia juga turut meraikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) yang sering disambut pada bulan Oktober setiap tahun.
• Karnival yang berlangsung di Padang Nuri Taman Paroi Jaya ini, turut disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan mendapat sambutan yang sangat meriah.
• Petugas PEDi yang juga merupakan Malaysian ICT Volunteers (MIV) dari Kluster Seremban iaitu PEDi Templer, PEDi Senawang 1, PEDi PPR Senawang, PEDi Kg LB Johnson dan PEDi Kg Kering turut sama memeriahkan karnival di samping mempromosi PEDi kepada masyarakat dan turut diadakan kuiz Klik Dengan Bijak untuk pengunjung.

Tujuan :
• Bertujuan untuk menyambut Hari Sukan Negara (HSN) yang juga merupakan acara sukan tahunan.
• Mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk sekitar.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Aktiviti yang pelbagai seperti berjalan 10 ribu langkah, komuniti sihat, kayuhan perpaduan, zumba, senamrobik serta Jualan Aspirasi Keluarga Malaysia.
• Untuk booth PEDi, turut diadakan kuiz, games untuk anak-anak cilik, dan hadiah cenderahati untuk pemenang.


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Pendedahan kepada petugas PEDi untuk menerapkan kepada generasi kini tentang keselamatan di dalam penggunaan internet untuk menjadi pengguna yang “Klik Dengan Bijak”

Nama VIP:
• Yang Berhormat Dato’ Haji Mohamad Taufek Abd Ghani Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :