MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (16 SEPTEMBER)

Aktiviti terkini |9 September 2022

Tempat Aktiviti:
Pusat Ekonomi Digital Kampung Lb Johnson

Ringkasan Aktiviti :
• Bersempena bulan kemerdekaan 2022, PEDi Kampung LB Johnson melanjutkan aktiviti mewarna bersama adik-adik TABIKA pada bulan Ogos sebelum ini ke bulan September pula.
• Cuma bezanya ia dibuat di dalam Pusat Ekonomi Digital sahaja dan peserta adalah adik-adik pengunjung PEDi.
• Masih lagi menggunakan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.

Tujuan :
• Anak-anak dipupuk semangat Patriotisme semenjak usia muda walaupun dengan lukisan yang menggambarkan perpaduan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum.
• Menerapkan amalan perpaduan dikalangan anak-anak dan komuniti dalam menghayati semangat kemerdekaan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Adik-adik diberi kuiz-kuiz ringkas sahaja tentang pengetahuan am tentang kemerdekaan Negara Malaysia.
• Yang menjawab dengan betul akan diberikan keutamaan untuk mewarna lukisan terlebih dahulu.
• Adik-aadik diberikan hadiah penyertaan kerana sudi menyertai aktiviti pada bulan ini.


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Bergembira dengan aktiviti sambil menerangkan tentang sejarah perjuangan pahlawan terdahulu mencapai kemerdekaan.
• Kekalkan perpaduan yang ada sekarang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :