PROGRAM MENGACAU BUBUR LAMBUK

Aktiviti terkini |7 April 2023

Tempat Aktiviti:
Surau Al-Hijrah Kampung LB Johnson

Ringkasan Aktiviti :
• Merupakan acara tahunan pada setiap bulan Ramadan bagi penduduk Kampung LB Johnson.
• Ianya adalah atas usaha dan gotong royong Ahli Jawatan kuasa surau dan penduduk kampung secara sukarela untuk menyediakannya (keseluruhan proses).
• Program bermula sejak awal dari segi penyediaan bahan mentah dan bersambung selepas Solat Jumaat untuk proses memasak.
• Seterusnya adalah membungkus dan mengedarkannya secara percuma kepada seluruh Komuniti dan juga anak-anak sekolah Tahfiz berdekatan.

Tujuan :
• Mengimarahkan bulan yang penuh kemuliaan dengan aktiviti yang dapat melahirkan masyarakat berakhlak dan beramal soleh.
• Meraih pahala, keberkatan dan fadilat yang ada di dalam bulan Ramadan.
• Mengeratkan hubungan di antara komuniti kampung.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program adalah setiap hari Jumaat pada bulan Ramadan dan staf PEDi turut terlibat pada minggu kedua bulan Ramadan.
• Penglibatan adalah secara sukarela sejak awal pagi dan bersambung sehingga petang (selepas Solat Jumaat)


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Saling bantu-membantu agar ukhwah sesama masyarakat dapat dijalinkan.
• Berkongsi rezeki
• Memupuk sifat suka memberi dan bersedekah di kalangan masyarakat lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana pahala yang berlipat kali ganda.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :