PROGRAM PENGEDARAN SIM KAD PAKEJ REMAJA KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SEREMBAN

Aktiviti terkini |12 April 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Orang Ramai Sikamat, Seremban

Ringkasan Aktiviti :
• Program anjuran Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
• Majlis ini turut dihadiri 6 buah PPD dan masyarakat setempat serta penerima simkad pakej Remaja kepada 141 pelajar dari 6 buah sekolah menengah di Seremban
• Sekolah tersebut adalah SMKA Hj Mohd Said, SMK Dato’ Sheikh Ahmad, SMK Pendeta Zaaba, SMK Tunku Ampuan Durah, SMK Dato’ Haji Mohd Redza dan SMK Warisan Puteri.
• Pengedaran simkad Pakej Remaja oleh MCMC turut diadakan kepada pelajar sekolah ini dibantu oleh 10 orang staf PEDi dari 3 Kluster Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson dan Kuala Pilah

Tujuan :
• Untuk YaPEIM menyerahkan sumbangan tunai kepada 1500 penerima manfaat yang keseluruhannya berjumlah RM 75,000.
• Untuk MCMC Negeri Sembilan menyerahkan 141 SIM Kad percuma kepada pelajar B40 yang telah disenaraikan oleh sekolah masing-masing.
• Beramah mesra di dalam majlis berbuka bersama Menteri Besar Negeri Sembilan

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Ketibaan 141 orang pelajar dan pengedaran SIM kad Pakej Remaja
• Ketibaan Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Pengetua-Pengetua Sekolah, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan
• Bacaan doa dan tazkirah Ramadan
• Ucapan Alu-aluan, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
• Ucapan Pembukaan, Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan
• Majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Haji Aminuddin Bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Membantu golongan yang memerlukan agar mereka tidak rasa tersisihkan
• Berkongsi rezeki
• Memupuk sifat suka memberi dan bersedekah di kalangan masyarakat lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana pahala yang berlipat kali ganda.

Nama VIP:
• Menteri Besar Negeri Sembilan
• Pengarah Negeri MCMC Negeri Sembilan
• Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan
• Ketua Pejabat Pendidikan Daerah Seremban
• Pengetua-Pengetua Sekolah dan guru pengiring

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :