MAJLIS BERKHATAN ANAK-ANAK LBJ

Aktiviti terkini |20 Februari 2023

Tempat Aktiviti:
Masjid Kariah Kampung Lb Johnson

Ringkasan Aktiviti :
• Bersempena dengan cuti sekolah, pihak pengurusan kampung telah menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai untuk adik-adik kecil Kampung LB Johnson.
• Seramai 60 adik-adik yang menyertai program ini dan 8 orang staf Kementerian Kesihatan Malaysia dan BOMBA turut membantu.
• Majlis yang sangat meriah dengan keletah anak-anak dan emosi yang bercampur-baur.
• Selain daripada itu, bayaran yang dikenakan adalah lebih murah hanya RM100.
• Staf PEDI turut dijemput untuk bersama memeriahkan majlis.

Tujuan :
• Mengeratkan silaturrahim bagi Komuniti Kampung LB Johnson.
• Mengurangkan ketakutan dan rasa gemuruh kanak-kanak yang bakal menginjak ke alam dewasa.
• Menjimatkan perbelanjaan penjaga.
• Tanggungjawab sosial majlis pengurusan kampung agar kekal menjaga perhubungan sesama orang kampung.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Seawal pagi, majlis dimulakan dengan perarakan semua anak-anak yang bakal berkhatan.
• Anak-anak disiramkan dengan pancuran air pili BOMBA untuk mereka merasa seronok dan menghilangkan rasa gemuruh.
• Selepas membersihkan diri, proses berkhatan oleh staf KKM
• Anak-anak diberikan hadiah saguhati
• Bersurai


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Dapat dijadikan dan dikekalkan sebagai satu subbudaya (subculture) dalam rakyat Malaysia kerana ramai rakyat bukan Melayu turut melakukan khatan untuk diri mereka.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :