PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT, SEREMBAN

Aktiviti terkini |18 Januari 2023

Tempat Aktiviti:
Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Sikamat, Seremban

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak ini merupakan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sikamat dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Negeri Sembilan.
• Kemudian, pihak MCMC dan petugas-petugas PEDi Kluster Seremban bersama-sama menjayakan taklimat, pameran dan aktiviti KDB ini secara keseluruhannya.
• Antara PEDi kluster Seremban yang terlibat di dalam program ini adalah PEDi Kampung LB Johnson, PEDi Taman Bukit Inai, PEDi Pajam, PEDi Templer, PEDi Senawang1, PEDi PPR Senawang dan PEDi Rantau.

Tujuan :
• Mendidik pelajar sekolah untuk menggunakan internet dengan cara yang selamat.
• Menggunakan semua maklumat atau kandungan di internet secara positif dan melahirkan pelajar yang celik teknologi serta kandungan media baharu.
• Mendidik pelajar tentang kepentingan kawal selia kendiri.
• Bertanggungjawab dengan apa yang dikongsi di internet.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Pelajar tahun 4-6 berkumpul di Dewan Terbuka sekolah
• Ketibaan Timbalan Pengarah, MCMC Negeri Sembilan
• Sesi bergambar dan Tandatangan Buku Pelawat
• Aluan pengacara majlis dan Bacaan doa
• Ucapan aluan Guru Besar Sek Keb Sikamat
• Ucapan perasmian oleh Timbalan Pengarah, MCMC Negeri Sembilan
• Sesi Taklimat Advokasi: Bukan Semuanya Benar di Internet, Tidak Pasti Jangan Kongsi, Pameran, Aktiviti Ringkas
• Kuiz dan tamat.


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Menekankan prinsip Rukun Negara yang merangkumi semua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Nama VIP:
• Puan Ema Shuaida Binti Shuaid, Timbalan Pengarah SKMM
• Encik Mohd Rashed Sahroni, Guru Besar, Sek Keb Sikamat

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :