PROGRAM AFFILIATE (TIKTOK DAN SHOPEE) SHOP BERSAMA SAHABAT KLUSTER SEREMBAN DAN PORT DICKSON (PEDI DIGI)

Aktiviti terkini |16 Julai 2023

Tempat Aktiviti:
Pedi Ppr Senawang

Ringkasan Aktiviti :
• Menjadi salah satu peranan PEDi untuk membantu usahawan mikro yang menggunakan platform teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan mereka untuk menjana pendapatan
• Melalui kelas Affiliate TikTok/Shopee untuk petugas PEDi Kluster Seremban tidak lain adalah untuk memberi pemahaman, pendedahan yang lebih dan praktikal kepada para petugas.
• Antara PEDi Kluster Seremban yang terlibat di dalam program ini adalah PEDi Kampung LB Johnson, PEDi PPR Senawang, PEDi Templer, PEDi Pajam, PEDi Senawang 1, PEDi Kampung Kering, PEDi Kampung Paya dan PEDi Rantau.

Tujuan :
• Membantu usahawan mikro yang menggunakan platform teknologi digital iaitu Tiktok Affiliate untuk menjana pendapatan.
• Memberi pendedahan yang lebih dan praktikal kepada para petugas dalam penggunaan Tiktok Affiliate.
• Mengeratkan silaturrahim sesama ahli PEDi di seluruh Negeri Sembilan.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Petugas berkumpul di PEDi PPR Senawang
• Sesi Taklimat Tiktok Affiliate: Pengurus PEDi Kampung Paya (sebagai penceramah)
• Jamuan ringkas


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Dapat pendedahan yang lebih dan praktikal dikalangan petugas PEDi untuk membantu para usahawan membuat perniagaan melalui Tiktok Affiliate/Shopee dan menjana pendapatan.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :