Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


HARI BERSAMA KOMUNITI

Aktiviti Terkini | 09 Disember 2018

Hari Bersama Komuniti ini bertujuan untuk mempromosikan aktiviti yang disediakan dan menambah penyertaan ahli Pusat Internet dan menarik minat komuniti setempat menyertai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pusat Internet dan merapatkan lagi silaturahim antara pihak Pusat Internet dan komuniti setempat...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI DI SMK DATO MOHD SAID, NILAI

Aktiviti Terkini | 08 November 2018

Program Advokasi ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang Klik Dengan Bijak (KDB). KDB adalah suatu inisiatif pihak MCMC untuk membendung masalah penyalahgunaan internet antara pelajar....baca selanjutnya

AKTIVITI MEWARNA DAN KOLAJ

Aktiviti Terkini | 05 Oktober 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan bertujuan memperkenalkan Pusat Internet kepada Guru, Ibu bapa dan Komuniti Kampung LB Johnson selain mempelbagaikan kaedah pembelajaran mengenal warna dalam pendidikan awal kanak-kanak terutama yang berusia 4 tahun....baca selanjutnya

AKTIVITI DIY MENCIPTA BEKAS DENGAN BAHAN TERBUANG

Aktiviti Terkini | 25 September 2018

Tujuan aktiviti adalah untuk mewujudkan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan membantu mengaktifkan otak kanan mereka supaya mempraktikkan fungsi kedua-dua otak....baca selanjutnya

BENGKEL KEMAHIRAN KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN PUSAT INTERNET 2018

Aktiviti Terkini | 18 - 19 September 2018

Kursus ini melibatkan 27 Pusat Internet. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kemahiran keusahawanan dan memberi penerangan yang lebih jelas tentang pengurusan Pusat Internet kepada Pengurus & Penolong Pengurus setiap Pusat Internet....baca selanjutnya

MENONTON VIDEO KEMERDEKAAN DAN MENJAWAB KUIZ KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2018

Tujuan aktiviti ini memberi kesedaran pada para komuniti mengenai bagaimana Malaysia mencapai kemerdekaan dan sudah payah pejuang terdahulu memerdekakan Negara selain mengingati tairkh-tarikh penting dalam Negara....baca selanjutnya

AKTIVITI GOTONG-ROYONG & MEMBERSIHKAN KAWASAN PUSAT INTERNET

Aktiviti Terkini | 20 Julai 2018

Tujuan aktiviti gotong royong adalah untuk mewujudkan kesedaran tentang kepentingan kebersihan kawasan tempat tinggal dalam komuniti masing-masing untuk mengelakkan penyakit yang berpunca dari persekitaran yang kotor selain merapatkan hubungan pelanggan setia Pusat Internet LB Johnson....baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT KAD RAYA DAN JAMUAN RAYA

Aktiviti Terkini | 22 Jun 2018

Sempena hari raya tiba staff Pusat Internet LB Johnson mengadakan aktiviti membuat kad raya dan jamuan hari raya bagi menghias Pusat Internet dan mengeratkan silaturrahim antara staff dan penduduk LB Johnson...baca selanjutnya

LET’S PLAY & LEARN ICT

Aktiviti Terkini | 04 Mei 2018

Tujuan aktiviti ini diadakan bertujuan memberi pendedahan kepada murid-murid KEMAS & TABIKA mengenai keseronokan bermain sambil belajar menggunakan komputer dan menerangkan pada guru-guru kaedah menggunakan komputer untuk proses pembelajaran....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

MENONTON VIDEO SIBER BULI & SESI QUIZ

Aktiviti Terkini | 17 Mac 2018

Tujuan aktiviti ini memberi kesedaran pada para komuniti mengenai kesan siber buli dari segi mental dan fizikal....baca selanjutnya

MEMPROMOSI SEBENARNYA.MY & KEY-IN DATA TASKA PERMATA KEMAS

Aktiviti Terkini | 15 Februari 2018

Tujuan aktiviti ini membantu guru-guru TASKA PERMATA KEMAS di daerah Negeri Sembilan menggunakan komputer untuk merekod data aktiviti sekolah disamping mewujudkan Celik IT di kalangan guru guru-guru TASKA PERMATA KEMAS di daerah Negeri Sembilan....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA UNIFIELD COLLEGE

Aktiviti Terkini | 19 Januari 2018

Program ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan tentang kepentingan melanjutkan pelajaran terutamanya untuk pelajar lepasan SPM yang masih belum mempunyia hala tuju....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti