Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI ADS DI PLATFORM SHOPEE BERSAMA PEDI KAMPUNG GENTAM

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2021

Pusat Ekonomi Digital Kampung Gentam dan Kampung LB Johnson sama-sama berkongsi tentang bagaimana pula untuk mengiklankan produk kita agar sentiasa dapat dilihat oleh bakal pembeli di platform Shopee....baca selanjutnya

BENGKEL MICROSOFT EXCEL BERSAMA MPKK KG PELEGONG BATU 8

Aktiviti Terkini | 28 November 2021

Staff PEDi Kampung LB Johnson membantu menjayakan bengkel yang diadakan secara fizikal di PEDi Kampung Kering dengan kerjasama MPKK Kg Pelegong Batu 8 di mana pihak PEDi memberi tunjuk ajar mengenai Microsoft Excel yang boleh dipraktikkan oleh para peserta.....baca selanjutnya

KUIZ MAULIDUR RASUL BERSAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG LB JOHNSON

Aktiviti Terkini | 22 Oktober 2021

Oleh kerana SOP semasa PPN Fasa 4 masih terpakai, Pusat Internet Komuniti hanya memlih beberapa individu sahaja (bawah 10 orang) untuk melaksanakan aktiviti bulanan bagi Bulan Oktober kali ini iaitu menjawab kuiz berkaitan Junjungan Nabi kita Nabi Muhammad SAW bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini....baca selanjutnya

FB LIVE BERSAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG GENTAM - KLIK DENGAN BIJAK PENGAWALAN ANAK DALAM TALIAN

Aktiviti Terkini | 23 September 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti Kampung LB Johnson dan menjemput rakan dari Pusat Internet Komuniti Kampung Gentam untuk sama-sama mengupas dan membincangkan topic ini.....baca selanjutnya

SANTAI-SANTAI KUIZ MERDEKA BERSAMA PIK KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 20 Ogos 2021

Perkongsian ini disiarkan secara langsung melalui Facebook Page PIK Kg LB Johnson di mana pihak PIK secara santai menjalankan kuiz berkaitan soalan-soalan tentang Negara Malaysia dan kemerdekaan negara....baca selanjutnya

FB LIVE BERSAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG KERING KESEDARAN PENDAFTARAN VAKSIN

Aktiviti Terkini | 7 Julai 2021

Memberi pendedahan tentang jenis-jenis vaksin yang terdapat di Malaysia....baca selanjutnya

FB LIVE PELAN JARINGAN PRIHATIN DIGI

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2021

Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia di mana Digi adalah penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang mengambil bahagian....baca selanjutnya

PROGRAM IHYA RAMADAN SURAU AL HIJRAH KAMPUNG LB JOHNSON BERSAMA PIK KAMPUNG LB JOHNSON DAN PIK KAMPUNG KERING

Aktiviti Terkini | 7 Mei 2021

Mengimarahkan bulan yang penuh kemuliaan dengan aktiviti yang dapat melahirkan masyarakat berakhlak dan beramal soleh.....baca selanjutnya

PROGRAM PENGAGIHAN BUAH KURMA KEPADA GOLONGAN ASNAF KOMUNITI KG PASIR PUTIH DAN KG KERING BERSAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG KERING

Aktiviti Terkini | 10 April 2021

Menjalinkan kerjasama yang baik bersama Ketua Kampung (MPKK) Kampung Pasir Putih supaya sebarang program yang dijalankan mendapat sokongan daripada penduduk setempat.....baca selanjutnya

FB LIVE KLIK DENGAN BIJAK MAKLUMAT PALSU

Aktiviti Terkini | 26 Mac 2021

Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada semua tentang penggunaan internet secara berhemah apatah lagi melibatkan penyebaran berita palsu....baca selanjutnya

FB LIVE BERSAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG GENTAM TOPIK SEMBANG SANTAI “PDPR”

Aktiviti Terkini | 19 Februari 2021

Perkongsian antara kedua-dua Pusat Internet tentang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah di mana lokasi Pusat Internet juga adalah salah satu pilihan untuk pelajar yang tidak mempunyai peranti dan capaian internet....baca selanjutnya

FB LIVE BERSAMA PUSAT INTERNET KAMPUNG GENTAM TOPIK WHAT’S APP FOR BUSINESS

Aktiviti Terkini | 7 Januari 2021

Memperkenalkan What’s App for Business bagi usahawan yang perniagaan mereka mula berkembang dan mereka ingin memudahkan urusan pembelian yang banyak oleh pelanggan melalui medium tersebut..baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti