PROGRAM MESRA KOMPUTER BERSAMA MURID-MURID TASKA KAMPUNG LB JOHNSON
Aktiviti terkini |15 November 2022Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung Lb Johnson
Ringkasan Aktiviti :
• Program Mesra Komputer bersama murid-murid TASKA Kg LB Johnson adalah program santai yang memberi pendedahan kepada murid-murid TASKA agar seronok menggunakan komputer apatah lagi mempelajari pendidikan formal melalui education games.
• Pendedahan kepada anak-anak ini adalah melalui web seperti www.abcya.com dan www.turtlediary.com.
• Selain itu mereka juga menonton www.youtube.com bagi video yang lebih interaktif.
Tujuan :
• Memperkenalkan peranan PEDi dalam menjadi pusat digital terutama kemudahan internet dan juga latihan ICT.
• Memperkuatkan memori anak-anak dengan info yang diterima secara berulang-ulang.
• Meningkatkan motivasi dan menarik minat anak-anak untuk belajar kerana pembelajaran education games yang melibatkan warna, bunyi, gambar dan video yang menarik.
• Melatih kemampuan dwi-bahasa kerana education games yang mereka lakukan adalah di dalam Bahasa Inggeris.
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program dimulakan dengan kata-kata aluan dan memperkenalkan staf PEDi kepada 4 orang guru TASKA dan 7 murid TASKA
• Murid-murid terus bermain education games dengan bimbingan guru dan staf PEDi.
• Sumbangan hadiah dan cenderahati kepada murid-murid dan guru.
Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Kepelbagaian cara dalam memberi didikan dan bimbingan awal kepada kanak-kanak berusia 3 - 4 tahun agar dapat menerap ilmu secara lebih interaktif apatah lagi di luar kelas dan bersama rakan-rakan mereka.
Nama VIP:
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :