KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA RELA NEGERI SEMBILAN

Aktiviti terkini |18 Oktober 2022

Tempat Aktiviti:
Balai Bomba Dan Penyelamat Seremban 2

Ringkasan Aktiviti :
• Program Klik Dengan Bijak diselitkan di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Rela yang diadakan di Balai Bomba Dan Penyelamat Seremban 2 (di dalam slot Komunikasi dan Multimedia).
• Peserta yang terdiri daripada 50 orang merupakan anggota dari seluruh Negeri Sembilan yang akan menerima watikah untuk kenaikan pangkat masing-masing.
• Program ini turut disertai oleh PEDi yang lain seperti PEDi Kg Gentam, PEDi FELDA Jelai 4 dan juga PEDi FELDA Bukit Rokan.

Tujuan :
• Mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan tidak menyebarkan maklumat palsu
• Memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri agar tidak terpedaya dengan penipuan yang sering terjadi melalui platform digital
• Mewujudkan persekitaran yang selamat untuk pengguna melayari internet
• Program ini menitikberatkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang dilihat sebagai merangkumi kesemua perkara yang perlu ditekankan dalam kehidupan kesemua rakyat Malaysia dari pelbagai peringkat umur dan latar belakang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Program dimulakan dengan pengenalan PEDi kepada semua peserta yang mana tidak ramai yang tahu tentang kewujudan PEDi di sekitar komuniti masing-masing
• Advokasi tentang topik Maklumat Palsu dan Penipuan Kewangan
• Kuiz sepanjang advokasi dan di akhir sesi


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Pendedahan kepada petugas PEDi untuk menerapkan kepada masyarakat yang meliputi pelbagai lapisan usia tentang keselamatan di dalam penggunaan internet untuk menjadi pengguna yang “Klik Dengan Bijak”

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :