KELAS ASAS USAHAWAN SHOPEE & TIKTOK BERSAMA RAKAN DIGITAL PEDI DAN PELATIH GIAT MARA SEREMBAN

Aktiviti terkini |19 April 2023

Tempat Aktiviti:
PEDi Kampung LB Johnson

Ringkasan Aktiviti :
• Program inisiatif Rakan Digital PEDi Kampung Kering dan Rakan Digital PEDi Pekan Lukut.
• Bengkel diadakan untuk 21 orang pelatih Giat MARA dan diiringi oleh 2 orang pensyarah mereka.
• Peserta diajar untuk membuka akaun seller di platform Shopee dan TikTok.
• Peserta juga diberi pendedahan tentang bagaimana memuatnaik produk mereka serta memasarkannya.
• Selain itu juga, peserta diberikan penerangan tentang fungsi PEDi dalam membantu usahawan dan peranan Rakan Digital untuk menjana pendapatan usahawan IKS.

Tujuan :
• Bengkel ini memberi pendedahan dan ilmu kepada peserta untuk menjana pendapatan dengan mengikuti perkembangan platform semasa serta mampu menambah pendapatan peserta dengan komisen yang telah ditetapkan oleh usahawan itu sendiri.
• Cakna dengan platform digital secara atas talian yang menjadi trend semasa dalam pembelian barang-barang.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Setiap peserta dikehendaki memuat turun aplikasi Shopee Seller Centre dan TikTok Seller bagi memudahkan sesi bengkel berlangsung.
• Peserta perlu membuat pendaftaran secara individu atau syarikat bagi menjual produk di platform Shopee dan TikTok.
• Mereka turut diajar cara memuatnaik produk dan butiran produk
• Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk membuat Live dan mempraktikkan secara langsung supaya mudah difahami.
• Peserta juga diajar untuk berinteraksi bersama follower untuk memperkenalkan produk mereka.


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Peserta tidak merasa kekok menghadiri bengkel bersama rakan sekelas.
• Bengkel adalah secara langsung, selepas diberikan penerangan peserta terus melakukannya semua termasuk membuat Live.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :