JAMUAN HARI RAYA SAHABAT PEDi KLUSTER SEREMBAN
Aktiviti terkini |20 Mei 2023Tempat Aktiviti:
PEDi PPR Senawang
Ringkasan Aktiviti :
• Untuk menutup keberkatan bulan Syawal 2023, staf PEDi Kluster Seremban yang terdiri daripada PEDi Kg LB Johnson, PEDi Kg Kering, PEDi Rumah Pangsa Templer, PEDi Sri Pajam dan PEDi PPR Senawang sepakat untuk mengadakan jamuan Hari Raya secara “Pot Luck”.
• Program santai selain jamuan adalah untuk semua staf PEDi Kluster Seremban bergaul sesama kami kerana terdapat staf baharu yang kami tidak kenali.
• Selain itu, kami juga membincangkan program-program yang boleh diadakan di PEDi masing-masing pada masa hadapan.
• Walaupun begitu, beberapa PEDi tidak dapat turut serta kerana hal masing-masing (PEDi Rumah Pangsa Senawang1, PEDi Rantau, PEDi Taman Bukit Inai dan PEDi Lenggeng).
Tujuan :
• Staf PEDi beramah mesra sesama kami yang terdiri dari 9 PEDi
• Berkongsi rezeki
Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Berkumpul di PEDi PPR Senawang jam 3 petang
• Sesi suai kenal semua staf
• Perbincangan mengenai program yang berkaitan dengan PEDi
• Sesi bergambar
• Jamuan makan dan sembang
• Bersurai
Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Bagi sesi mingle pada jamuan sebegini akan memudahkan kami berinteraksi untuk program gabungan bersama-sama nanti.
Nama VIP:
• Tiada
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :