AKTIVITI KOLAJ TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA MADANI

Aktiviti terkini |18 Ogos 2023

Tempat Aktiviti:
Pedi Kg Lb Johnson

Ringkasan Aktiviti :
• Pada setiap tahun iaitu 31 Ogos, sambutan perayaan kemerdekaan telah diterapkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan tema perayaan Hari Kemerdekaan (yang berbeza-beza setiap tahun), perbualan, konten video, lagu malah diperkukuhkan dalam aktiviti kelas seperti melukis, mewarna, bercerita, membuat bendera dan pelbagai lagi.
• Untuk bulan istimewa ini, adik-adik membuat kolaj yang bertemakan “MALAYSIA MADANI”.

Tujuan :
• Meningkatkan kemahiran komunikasi, kemahiran sosial dan emosi, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran motor halus kanak-kanak.
• Fokus. Aktiviti sebegini dapat melatih anak-anak untuk fokus dengan lebih lama lagi. Ini penting bagi meningkatkan daya tumpuannya.
• Mengeratkan hubungan antara kanak-kanak pengunjung setia PEDi Kg LB Johnson.
• Cara melalui pembelajaran melibatkan soft skill ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan semangat cintakan Negara Malaysia buat kanak-kanak ini.

Butir-butir berkaitan dengan aktiviti:
• Kanak-kanak berkumpul di PEDi PPR Kg LB Johnson.
• Pengenalan dan Tujuan aktiviti
• Persiapan dan aktiviti bermula
• Bergambar dan pemberian hadiah


Kebaikan / kelebihan aktiviti:
• Ekspesi diri dan kreativiti. Hebatnya seni dan kraf ini, kita dapat melihat emosi dan ekspresi anak pada waktu tersebut.

Nama VIP:
• Tiada

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :