Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.
Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023PERMAINAN SODUKU
Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017Sudoku adalah sebuah permainan yang menguji minda peserta terutamanya dari segi kiraan. Peserta perlu memenuhkan ruang kotak yang kosong dengan nombor yang betul....baca selanjutnya
'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'
Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya
'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'
Aktiviti Terkini | 14 September 2017Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya
PROGRAM PEMBUDAYAAN ICT KOMUNITI LUAR BANDAR
Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2017Dapat membantu penduduk atau komuniti luar bandar menjana pendapatan dengan mempromosikan perniagaan menggunakan media social. Peserta akan di ajar modul-modul menggunakan media social dengan betul supaya dapat menjana pendapatan. Selain itu Peserta akan di ajar teknik berkomunikasi supaya lebih menarik dalam mempromosikan produk. Program ini berlangsung selama 2 hari dari pukul 9.00 pagi sehingga pukul 4..30 petang. Makan dan minum adalah disediakan....baca selanjutnya
HARI TERBUKA PI1M KG LB JOHNSON
Aktiviti Terkini | 30 Julai 2017Hari Terbuka PI1M untuk tahun ini diadakan pada 30 Julai 2017 (Ahad). PI1M telah menganjurkan beberapa aktiviti bersama komuniti setempat bertemakan ‘indoor’ dan juga ‘outdoor’....baca selanjutnya
MAJLIS KHATAM AL-QURAN
Aktiviti Terkini | 23 Jun 2017Majlis ini dapat menanam rasa cinta terhadap Al-Quran, melancarkan dan memantapkan bacaan Al-Quran, dapat menguasai baacan Al-Quran dan melazimkan dalam kehidupan dan mengeratkan hubungan silaturrahim...baca selanjutnya
PROGRAM KEUSAHAWANAN BERSAMA MDEC
Aktiviti Terkini | 26 Mac 2017Program ini dapat memberi peluang kepada usahawan muda untuk lebih maju dalam perniagaan dan dapat mengetahui teknik terkini dalam perniagaan. Selain itu, peserta dapat belajar mengenai perniagaan secara atas talian menggunakan internet...baca selanjutnya
RADIO ROSAK (MENGENAI PUSAT INTERNET)
Aktiviti Terkini | 19 Februari 2017Dengan aktiviti ini, peserta akan lebih peka dalam menyampaikan maklumat tanpa ada tokok tambah. Peserta akan lebih kreatif dan inovatif seterusnya dapat meningkatkan daya saing. Selain daripada menyeronokkan, aktiviti ini juga dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi dengan baik....baca selanjutnya
MOBILE APPS (DO & DON’T’S)
Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017Aktiviti ini dapat memupuk sifat ingin tahu dan meningkatkan cara berfikir yang lebih kreatif dan inovatif. Selain itu, mereka lebih peka dengan maklumat yang diterima melalui pangkalan data dan dapat mengetahui kesan penyalahgunaan pangkalan data...baca selanjutnya