Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KELAS MICROBIT FUTURE SKILLS FOR ALL SECARA ATAS TALIAN (FB LIVE)

Aktiviti Terkini | 11 Disember 2020

Mengajar secara atas talian sebagai salah satu alternatif selain mengadakan kelas secara fizikal di Pusa Internet kerana wabak Covid19 dan lokasi Pusat Internet berada di zon merah....baca selanjutnya

SEMBANG SANTAI BERSAMA USAHAWAN SUZY HONEY

Aktiviti Terkini | 14 November 2020

Untuk memperkenalkan salah seorang usahawan Pusat Internet untuk tatapan umum....baca selanjutnya

BENGKEL PEMBANGUNAN USAHAWAN & LAWATAN PENGERUSI SKMM DAN NSSO KE PUSAT INTERNET KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2020

Bengkel Kemahiran Membuat Video & Editing membolehkan peserta mempelajari perkara asas dan perkara penting untuk membuat/ mengedit video menggunakan applikasi Motion Ninja....baca selanjutnya

SAMBUTAN MERDEKA 63 TAHUN DAN HARI MALAYSIA 2020

Aktiviti Terkini | 11 September 2020

Memupuk semangat cintakan Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun.....baca selanjutnya

KUIZ KEMERDEKAAN TAHUN 2020

Aktiviti Terkini | 29 Ogos 2020

Memupuk semangat cintakan Malaysia sempena Hari Kemerdekaan yang ke 63 tahun.....baca selanjutnya

AKTIVITI MENGHIAS/DEKO CUP CAKE

Aktiviti Terkini | 24 Julai 2020

Membuat dekorasi aising pada cup cakes menggunakan piping bag.....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2020

Memupuk kemahiran penguasaan komputer....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 4

Aktiviti Terkini | 29 April - 12 Mei 2020

Berikutan pandemik Covid-19 dan keputusan kerajaan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP-4) sehingga 12 Mei 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 2 & FASA 3

Aktiviti Terkini | 1-28 April 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan sehingga 28 April 2020....baca selanjutnya

PENUTUPAN SEMENTARA PI SEMPENA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA 1

Aktiviti Terkini | 18-31 Mac 2020

Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020....baca selanjutnya

TAKLIMAT MALAYSIA TRAVEL PRIVILEGE CARD

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2020

Taklimat disampaikan oleh pegawai dari Tourist Penang Centre. MCMC dengan Tourist Penang Centre telah bekerjasama memperkenalkan Travel Privilege Card (Malaysia) yang menawarkan diskaun kepada pemegang kad. Tujuan utama kad ini dibuat adalah untuk menggalakkan pelancong melawat Malaysia. Program ini akan berlangsung selama 6 bulan bermula Februari 2020 hingga Julai 2020....baca selanjutnya

PROGRAM KOSPEN ANJURAN KKM

Aktiviti Terkini | 29 Januari 2020

KOSPEN ialah Komuniti Sihat Pembina Negara anjuran KKM telah memulakan satu inisiatif berasaskan komuniti bagi memperkasakan kesihatan khusus bagi mencegah dan mengawal faktor risiko Penyakit Tidak Berjangkit yang dipanggil KOSPEN. Program promosi kesihatan di dalam komuniti ini dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam dan telah dilancarkan pada tahun 2013. KOSPEN telah berkembang secara berperingkat dan kini ia merupakan salah satu inisiatif utama oleh KKM bagi memerangi Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) yang kian meningkat, misalnya kencing manis, darah tinggi, penyakit cholesterol tinggi, kesan merokok dan obesiti....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti