Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM BERKHATAN DUN LABU

Aktiviti Terkini | 13 Disember 2019

Program ini memberi peluang kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk berkhatan semasa cuti sekolah....baca selanjutnya

AKTIVITI MEWARNA DAN ‘COLOR SAND ART’

Aktiviti Terkini | 19 November 2019

Aktiviti ini adalah sebagai penghargaan dari Pusat Internet Kepada anak-anak Tabika sebagai salah satu komuniti yang selalu bekerjasama....baca selanjutnya

PERTANDINGAN JIGSAW PUZZLES ONLINE

Aktiviti Terkini | 26 Oktober 2019

Aktiviti ini dapat melatih koordinasi mata dan tangan dan meransang motor halus kanak2 kerana mereka akan berusaha untuk memadankan kepingan puzzle ke tempat yg betul serta menggunakan kepantasan mereka untuk menyiapkan puzzle dalam masa terpantas.....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI KAMPUNG LB JOHNSON

Aktiviti Terkini | 14 September 2019

Hari Terbuka Pusat Internet merupakan salah satu program tahunan yang diadakan untuk berkongsi ilmu dan idea selain menjana minda celik IT.....baca selanjutnya

KURSUS 'ESSENTIAL STEP TO RESUCCESS' (ESRS)

Aktiviti Terkini | 17 Ogos 2019

Kursus yang diwajibkan kepada usahawan-usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan Mary Kay. Dalam kursus ini, usahawan akan mempelajari langkah-langkah permulaan untuk memulakan perniagaan....baca selanjutnya

‘WELCOMING CEREMONY KOREAN ICT VOLUNTEER’

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2019

Pusat Internet Kg Hulu Chuchoh telah menganjurkan program ‘Welcoming Ceremony’ bersama sukarelawan International ICT Volunteer dari Korea. Tujuan program ini diadakan adalah untuk suai kenal antara pelajar korea dengan penduduk setempat. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan kerjasama National Information Society Agency of Korea (NIA) akan menganjurkan program “Korea ICT Volunteer”...baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2019

Kanak-kanak dan belia menyertai aktiviti yang diadakan serta menjamu selera. Malah cabutan no bertuah turut diadakan bagi memeriahkan majlis.....baca selanjutnya

AKTIVITI MEMBUAT KAD HARI RAYA DAN BACKDROP

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2019

Tujuan aktiviti adalah memberi pendedahan kepada adik-adik tentang ucapan sempena hari raya secara klasik pada zaman sebelum gajet yang menjadi keperluan seperti sekarang....baca selanjutnya

Program Advokasi di SK Batu 10, SMK Mantin & Pusat Pendidikan Tahfiz Al-Irshad

Aktiviti Terkini | 12, 22 & 23 April 2019

Tujuan program KDB ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada pelajar-pelajar sekolah tentang penggunaan internet secara berhemah dan memberi pendedahan mengenai penggunaan internet secara selamat dapat membuka fikiran pelajar-pelajar agar lebih berhati-hati apabila menggunakan internet untuk semua jenis urusan.....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI (OVERSHARING) DI SMK DATO SHARUDDIN

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2019

Aktiviti ini telah disertai oleh Pusat internet Kg Hulu Chuchoh, Pusat Internet Kg Kering dan Pusat Internet LB Johnson yang melibatkan seramai 200 orang pelajar. Pelajar melihat sebuah video Klik Dengan Bijak mengenai Oversharing supaya mereka dapat membayangkan apa terjadi sekiranya mereka sendiri melakukan hal tersebut....baca selanjutnya

MATH COLOURING FOR KIDS

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Aktiviti ini bertujuan mempelbagaikan kaedah pembelajaran secara online dan menyeronokkan selain meransang minda anak-anak dalam kepantasan masa untuk memilih jawapan dan mewarnakannya...baca selanjutnya

Aktiviti Membuat DIY Slime (Without Borax)

Aktiviti Terkini | 26 Januari 2019

Aktiviti seumpama ini akan menjadikan Pusat Internet sebagai ruang yang selesa untuk kanak-kanak menghasilkan sesuatu yang menyeronokkan bersama kawan-kawan dan menjadi lebih kreatif...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti