Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.

Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PROGRAM GOTONG-ROYONG & MENANAM POKOK BUNGA KAMPUNG LB JOHNSON

Aktiviti Terkini | 18 Disember 2022

Program santai anjuran MPKK Kampung LB Johnson ini merupakan program gotong-royong yang melibatkan beberapa lokasi di kawasan kampung namun lebih tertumpu kepada persekitaran kawasan PEDi kerana terdapat kawasan terbiar di situ.....baca selanjutnya

PROGRAM MESRA KOMPUTER BERSAMA MURID-MURID TASKA KAMPUNG LB JOHNSON

Aktiviti Terkini | 15 November 2022

Program Mesra Komputer bersama murid-murid TASKA Kg LB Johnson adalah program santai yang memberi pendedahan kepada murid-murid TASKA agar seronok menggunakan komputer apatah lagi mempelajari pendidikan formal melalui education games.....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK BERSAMA RELA NEGERI SEMBILAN

Aktiviti Terkini | 18 Oktober 2022

Program Klik Dengan Bijak diselitkan di dalam Kursus Pengurusan dan Kepimpinan Rela yang diadakan di Balai Bomba Dan Penyelamat Seremban 2 (di dalam slot Komunikasi dan Multimedia)....baca selanjutnya

KARNIVAL KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA (PAMERAN BOOTH PEDI)

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022

Karnival Komuniti Keluarga Malaysia Daerah Seremban merupakan Program yang dianjurkan oleh Badan Sukarelawan Seremban Prihatin dan Komuniti Keluarga Malaysia Taman Paroi Jaya. Ia juga turut meraikan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) yang sering disambut pada bulan Oktober setiap tahun....baca selanjutnya

JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA ( RERUAI AGENSI SKMM NEGERI SEMBILAN)

Aktiviti Terkini | 7,8 & 9 Oktober 2022

Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) di Bandar Seri Jempol telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob pada 8 Oktober 2022 dan berlangsung selama 3 hari bermula 7-9 Oktober 2022.....baca selanjutnya

MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN (16 SEPTEMBER)

Aktiviti Terkini | 9 September 2022

Bersempena bulan kemerdekaan 2022, PEDi Kampung LB Johnson melanjutkan aktiviti mewarna bersama adik-adik TABIKA pada bulan Ogos sebelum ini ke bulan September pula. Cuma bezanya ia dibuat di dalam Pusat Ekonomi Digital sahaja dan peserta adalah adik-adik pengunjung PEDi. Masih lagi menggunakan tema Keluarga Malaysia Teguh Bersama.....baca selanjutnya

PROGRAM BERSAMA KOMUNITI SEMPENA BULAN MERDEKA – MEWARNA BERSAMA TABIKA KEMAS KG LB JOHNSON

Aktiviti Terkini | 19 Ogos 2022

Bersempena bulan kemerdekaan 2022 PEDi Kampung LB Johnson menganjurkan pertandingan mewarna bersama adik-adik TABIKA KEMAS Kampung LB Johnson yang merangkumi adik-adik berusia 4-6 tahun. Tema lukisan adalah Keluarga Malaysia Teguh Bersama.....baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI PROGRAM PENDAFTARAN PERNIAGAAN SSM

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2022

Pusat Ekonomi Digital Kampung LB Johnson sama-sama berkongsi tentang Program Pendaftaran Perniagaan SSM....baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI BUNDLE DEALS DI PLATFORM SHOPEE BERSAMA PEDI KG GENTAM

Aktiviti Terkini | 19 Jun 2022

Pusat Ekonomi Digital Kampung Gentam dan Kampung LB Johnson sama-sama berkongsi tentang topik Bundle Deals yang selalu kita lihat di platform Shopee.....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

Pusat Ekonomi Digital Kampung LB Johnson menganjurkan jamuan bersempena Hari Raya Aidilfitri 2022 untuk adik-adik dan pengunjung yang berkesempatan untuk hadir ke PEDi dan beramah mesra sempena hari raya.....baca selanjutnya

KELAS ASAS SHOPEE BERSAMA USAHAWAN KG LB JOHNSON (BERSAMA PEDI KG GENTAM MELALUI APLIKASI ZOOM)

Aktiviti Terkini | 9 April 2022

Pusat Ekonomi Digital Kampung LB Johnson menganjurkan kelas asas Shopee bersama beberapa usahawan sekitar komuniti dan bersama-sama dengan PEDi Kampung Gentam melalui aplikasi Zoom untuk slide dan tutorial “live” Shopee.....baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI REFUND AND RETURN DI PLATFORM SHOPEE BERSAMA PEDI KAMPUNG GENTAM

Aktiviti Terkini | 9 Mac 2022

Pusat Ekonomi Digital Kampung Gentam dan Kampung LB Johnson sama-sama berkongsi tentang bagaimana pula untuk mempelajari topik Refund and Return.....baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI PEMBUNGKUSAN & MEMENUHI PESANAN DI PLATFORM SHOPEE BERSAMA PEDI KAMPUNG GENTAM

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2022

Pusat Ekonomi Digital Kampung Gentam dan Kampung LB Johnson sama-sama berkongsi tentang bagaimana pula untuk mempelajari topik Pembungkusan dan memenuhi pesanan produk agar memudahkan tugas penjual membuat pembungkusan dan pengeposan....baca selanjutnya

LIVE FB: PERKONGSIAN MENGENAI OPTIMISE PRODUCT LISTINGS DI PLATFORM SHOPEE BERSAMA PEDI KAMPUNG GENTAM

Aktiviti Terkini | 12 Januari 2022

Pusat Ekonomi Digital Kampung Gentam dan Kampung LB Johnson sama-sama berkongsi tentang bagaimana pula untuk menyenaraikan produk kita agar memudahkan pembeli untuk senang membaca senarai produk tanpa nama-nama dan simbol yang ‘fancy’ di platform Shopee....baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti