Mengenai Kami
Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).
Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.
Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.
Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).
Objektif
- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkat taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat bandar/luar bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalur Lebar Kebangsaan
Sejarah
FELDA L.B. Johnson ataupun Kampung L.B .Johnson merupakan sebuah pekan kecil di Negeri Sembilan, Malaysia. FELDA L.B. Johnson dinamakan bersempena bekas Presiden Amerika Syarikat, Lyndon B. Johnson, yang melawati kampung itu pada 1966. Ianya merupakan antara tempat yang dilawatinya dalam rombongan untuk mengeratkan hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan Malaysia pada masa itu. Kini Felda L.B Johnson bukan lagi dibawah FELDA ini kerana tanah felda telah diambil oleh kerajaan bagi membangunkan kawasan jalan dan perindustrian L.B Johnson dan kini nama L.B Johnson telah ditukar kepada Kampung L.B Johnson.
Selain dari pada itu berhampiran dengan Kampung L.B Johnson terdapat kawasan perindustrian seperti kilang Coca-Cola, Kilang Kelogss dan lain-lain lagi. Dan terdapat juga institut perndidikan seperti Politeknik Nilai dan Institut Perguruan Negara.
Berita & Aktiviti Terkini
TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023AKTIVITI KOLAJ TEMA KEMERDEKAAN MALAYSIA MADANI
Aktiviti Terkini | 18 Ogos 2023Untuk bulan istimewa ini, adik-adik membuat kolaj yang bertemakan “MALAYSIA MADANI”. ....baca selanjutnya
PROGRAM AFFILIATE (TIKTOK DAN SHOPEE) SHOP BERSAMA SAHABAT KLUSTER SEREMBAN DAN PORT DICKSON (PEDI DIGI)
Aktiviti Terkini | 16 Julai 2023Menjadi salah satu peranan PEDi untuk membantu usahawan mikro yang menggunakan platform teknologi digital, bagi mempergiatkan lagi transformasi pendigitalan perniagaan mereka untuk menjana pendapatan ....baca selanjutnya
TAKLIMAT KLIK DENGAN BIJAK – PENIPUAN KEWANGAN
Aktiviti Terkini | 14 Jun 2023Program Klik Dengan Bijak ini merupakan program anjuran CelcomDigi Bersempena dengan Program Pemberian Simkad Percuma kepada pelajar-pelajar Kolej Uniti....baca selanjutnya
JAMUAN HARI RAYA SAHABAT PEDi KLUSTER SEREMBAN
Aktiviti Terkini | 20 Mei 2023Untuk menutup keberkatan bulan Syawal 2023, staf PEDi Kluster Seremban yang terdiri daripada PEDi Kg LB Johnson, PEDi Kg Kering, PEDi Rumah Pangsa Templer, PEDi Sri Pajam dan PEDi PPR Senawang sepakat untuk mengadakan jamuan Hari Raya secara “Pot Luck”.....baca selanjutnya
KELAS ASAS USAHAWAN SHOPEE & TIKTOK BERSAMA RAKAN DIGITAL PEDI DAN PELATIH GIAT MARA SEREMBAN
Aktiviti Terkini | 19 April 2023Program inisiatif Rakan Digital PEDi Kampung Kering dan Rakan Digital PEDi Pekan Lukut.....baca selanjutnya
PROGRAM PENGEDARAN SIM KAD PAKEJ REMAJA KEPADA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SEREMBAN
Aktiviti Terkini | 12 April 2023Program anjuran Pusat Pentadbiran YaPEIM Negeri Melaka dan Negeri Sembilan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan....baca selanjutnya
PROGRAM MENGACAU BUBUR LAMBUK
Aktiviti Terkini | 7 April 2023Merupakan acara tahunan pada setiap bulan Ramadan bagi penduduk Kampung LB Johnson.....baca selanjutnya
JOM D.I.Y BERSAMA ACIKTEHA MASHCHOC & COOKIESCHOC
Aktiviti Terkini | 12 Mac 2023Program Jom D.I.Y bersama Cikgu Teha MAshchoc & Cookieschoc yang diadakan di Pedi Hulu Chucuh bersama Pedi Kg. LBJ disertai seramai 23 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak berusia 6 hingga 12 tahun sahaja.....baca selanjutnya
MAJLIS BERKHATAN ANAK-ANAK LBJ
Aktiviti Terkini | 20 Februari 2023Bersempena dengan cuti sekolah, pihak pengurusan kampung telah menganjurkan Majlis Berkhatan beramai-ramai untuk adik-adik kecil Kampung LB Johnson...baca selanjutnya
PROGRAM KLIK DENGAN BIJAK SEKOLAH KEBANGSAAN SIKAMAT, SEREMBAN
Aktiviti Terkini | 18 Januari 2023Program Klik Dengan Bijak ini merupakan program anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan Sikamat dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Negeri Sembilan. Kemudian, pihak MCMC dan petugas-petugas PEDi Kluster Seremban bersama-sama menjayakan taklimat, pameran dan aktiviti KDB ini secara keseluruhannya. Antara PEDi kluster Seremban yang terlibat di dalam program ini adalah PEDi Kampung LB Johnson, PEDi Taman Bukit Inai, PEDi Pajam, PEDi Templer, PEDi Senawang1, PEDi PPR Senawang dan PEDi Rantau.....baca selanjutnya
Klik Dengan Bijak (KDB)
Sepanjang Tahun | Berita TerkiniPembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya
Latihan Usahawan
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniLatihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya
Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)
Sepanjang Tahun | Aktiviti TerkiniPerkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya